Tak dinafikan kuih raya paling ‘laku’ ketika hari raya Aidilfitri adalah Almond London. Sekelip mata sahaja satu balang kuih raya sudah habis licin ‘dikerjakan’ oleh kanak-kanak yang sukakan coklat.

BACA: Jom Buat Kuih Raya Ulat Bulu Viral

Sumber dari galeriduniaku.blogspot.my

Usah risau, kini anda boleh tambah lagi kuih Almond London dengan membuatnya sendiri. Caranya sangat mudah dan yang penting, balang kuih raya anda tidak akan kosong lagi.

Bahan-bahan

– 250 gm mentega
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
– 1 cawan tepung jagung
– 1 cawan gula aising
– 1 biji kuning telor
– Badam biji di panggang secukupnya
– Badam cincang untuk hiasan
– Coklat masakan secukupnya
– Mangkuk kertas/ paper cup (warna hitam yang paling sesuai)
– Sedikit minyak jagung

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

Sumber dari elinz.blogspot.my

3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.

Sumber dari pinterest.com

6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara. Siap!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Senangnya Buat Biskut Horlicks Padu Beb!