Tak semua orang mampu untuk memiliki sebuah laptop untuk memudahkan mereka menyambung pelajaran dan tak ramai yang mampu untuk membaiki laptop rosak atas sebab-sebab tertentu.

Seorang pelajar kolej menarik perhatian orang ramai apabila gambar dia sedang membuat assignment menggunakan laptop kotak tular di laman sosial Twitter.

BACA: “Dulu Gaji RM20, Kini Cecah Lima Angka Sehari”

Pelajar Kolej Antarabangsa YPC yang dikenali sebagai Yeop itu dilihat sedang membuat kerja menggunakan laptopnya yang telah diubahsuai menggunakan kotak akibat pernah terjatuh sebelum ini.

Rakannya, @HermanJalani memuatnaik gambarnya di laman sosial Twitter dengan perasaan bercampur baur antara sedih atau bangga dengan semangat Yeop.

Tak lama selepas tweet itu tular sehingga mendapat 22,000 Retweet, pihak jenama laptop terkemuka, Acer meminta Herman menghubungi mereka dengan segera.

Sumber dari Twitter Funny Malaysian

Rupa-rupanya, pihak Acer ingin memberikan sebuah laptop baru kepada Yeop 10 hari kemudian. Nampaknya ada pihak prihatin mengenai kisah laptop kotak pelajar kolej itu.

Sumber dari Twitter Funny Malaysian

Berikutan itu, Yeop kelihatan sungguh gembira menerima laptop baru dari Acer. Bukan senang untuk orang faham situasi kita kecuali kalau kita letakkan diri dalam situasi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak
Nasi Lemak Percuma Tiap Jumaat
Jual Sandwich, Gadis Lampu Isyarat Jadi Perhatian

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Makan Western Puas Hati Di Pulau Pinang!