Nampaknya ada lagi kes terjadi melibatkan minuman boba tea kegemaran ramai. Kali ini seorang remaja di China mati akibat tercekik pearl boba tea.

Menurut laporan, gadis berusia 19 tahun itu membeli meniman boba bersama abangnya pada 30 Jun lalu dan menuju ke rumah rakannya.

BACA: “Nasi Boba? Ada Tak Neraka Khas Untuk Orang Yang Masak Ni?”

Tiba di rumah rakannya itu, gadis itu tiba-tiba mengalami masalah sukar untuk bernafas dan tangannya bertukar menjadi hitam kerana kekurangan oksigen.

Gadis itu kemudian tidak sedarkan diri dan terus dikejarkan hospital. Doktor melakukan bantuan pernafasan (CPR) agar gadis berkenaan dapat bernafas kembali, malangnya, gadis itu disahkan meninggal dunia.

Laporan memberitahu gadis itu dipercayai menyedut minuman terlalu kuat menyebabkan 3 biji boba tea tersangkut di bahagian trakea yang menyebabkan saluran pernafasannya tersumbat lalu menyebabkan dia tercekik.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥