Mangsa serangan tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu, Muhammad Haziq Muhammad Tarmizi, 17 yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian disahkan meninggal dunia.

Perkara itu disahkan oleh Wisma Putra pagi tadi. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra turut menzahirkan ucapan takziah kerajaan Malaysia kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq.

BACA: Bacaan Quran Pelajar Malaysia Untuk Mangsa NZ Buat Ramai Sebak

Menerusi kenyataan tersebut, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberikan bantuan kepada keluarga dalam proses pengebumian jenazah Allahyarham.

Dalam pada itu, Wisma Putra juga memohon kerjasama pihak media dan orang ramai untuk memberikan ruang dan menghormati perasaan ahli keluarga yang terbabit.

Muhammad Haziq merupakan adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah ditembak dalam serangan tersebut. Difahamkan ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Mohd Haris terselamat tetapi trauma.

Selain Mohd Tarmizi, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Kampung Binja, Bayan Lepas di sini dan Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor. Ketiga-tiga mereka kini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥