Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan perlakuan seorang lelaki dikatakan sedang merosakkan beberapa barangan di kedai serbaneka popular, Family Mart.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Nilai, Negeri Sembilan, lelaki tersebut dilihat menggoncang beberapa kek dan minum minuman berbotol.

BACA: FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM

Malah, lelaki itu juga dilihat mengalihkan produk dari susunan asal yang berada di rak jualan kedai berkenaan.

Difahamkan, perlakuan lelaki itu dirakam oleh rakannya sendiri dan dikongsikan di Insta Story sebelum tular di media sosial.

Seperti sudah dijangka, tindakan lelaki berkenaan menerima kecaman hebat daripada netizen. Malah, ada yang mengatakan perlu membuat laporan polis berhubung isu berkenaan kerana merosakkan harta syarikat dengan sengaja.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian lelaki berkenaan memuat naik satu lagi video menjelaskan tindakannya itu.

Menurutnya, barangan yang dirosakkan di dalam video sebelum ini telah pun dibeli olehnya.

Turut kedengaran penjelasan rakannya yang mengatakan tidak mungkin mereka merosakkan barangan di kedai tersebut kerana kedai itu diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan ramai pelanggan ketika itu.

Netizen yang berang dengan perbuatan tersebut meminta agar lelaki itu menunjukkan resit pembelian makanan dan minuman berkenaan.

Malah, netizen turut mempersoalkan, jika benar mereka membeli barangan tersebut mengapa tiada plastik atau botol di atas meja.

Jika dakwaan itu benar, mereka tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana iaย  boleh mendatangkan anggapan salah kepada orang ramai yang menonton video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?