Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang hangat diperkatakan di negara jiran kita iaitu di Indonesia.

Bermula dari isu parti gay, kini isu terbaru mengenai dakwaan Starbucks di negara itu menyokong LGBT pula muncul.

BACA: 7-Eleven Indonesia Bakal Tutup Operasi

Sumber dari dailymail.co.uk

Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia menyeru umat Islam di sana supaya memboikot rangkaian kafe antarabangsa itu berikutan dakwaan Starbucks menyokong LGBT.

Malah, pemimpin pertubuhan itu menggesa pihak kerajaan Indonesia menarik lesen perniagaan syarikat berkenaan selepas mereka dikatakan menyokong hubungan sesama jenis di sana.

“Ideologi, perniagaan dan pandangan mengenai perkara yang mereka sokong bertentangan dengan ideologi kita,” lapor Ketua Hal Ehwal Ekonomi Muhammadiyah, Anwar Abbas kepada AFP.

Sumber dari retailnews.asia

Selain itu, Yunahar Ilyas, seorang pemimpin Muhammadiyah turut berharap umat Islam tidak membeli minuman atau makanan di Starbucks supaya duit yang diterima tidak digunakan untuk kempen LGBT di negara itu.

Namun, pihak Starbucks tidak memberi respon terhadap dakwaan ini serta bertindak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Padunya Siakap Stim Lemon Restoran Mak Engku!!!!