Minggu lalu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendedahkan perkara-perkara remeh digunakan sebagai punca untuk memfailkan permohonan cerai antaranya isteri gemar membasuh baju pada waktu malam dan suami tak suka isteri makan dalam kereta.

Bagaimanapun, baru-baru ini kadi daerah Kuantan, pula memberitahu suami tidak suka mandi dan suami tidak tahu menunggang motosikal menjadi antara penyebab kes perceraian di daerah itu.

BACA: Basuh Baju Tengah Malam, Makan Dalam Kereta Punca Kes Cerai

Memetik laporan MalaysiaKini, Kadi daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain berkata ada yang datang untuk menfailkan permohonan cerai kerana alasan remeh dan pihaknya akan cuba menyelamatkan perkahwinan dengan mengadakan sesi kaunseling.

Suami pakai baju sama selama seminggu alasan bercerai

“Kadang-kadang yang datang untuk mohon bercerai apabila kita adakan sesi kaunseling alasan memang remeh, suami tidak suka mandi, suami tidak tahu menunggang motor malah suami pakai baju sama selama seminggu menjadi sebab.

“Isteri mengadu suami tak pandai menunggang motosikal, dia (isteri) hari-hari kena hantar suami ke tempat kerja… dalam kes ini saya cuba menasihatkan suami dengan cara positif supaya dia boleh berubah ke arah kebaikan.

“Ada yang mengadu suami tak suka mandi sampai seminggu, baju pun tidak mahu tukar.

Abdul Zaki memberitahu, beliau sedaya upaya akan meminta mereka berubah ke arah kebaikan dan memberi tempoh kepada pasangan terbabit untuk berbuat demikian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉