Syarikat pengeluar rokok jenama Marlboro dan Chesterfield, Philip Morris International (PMI) yang merupakan syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia dengan keuntungan RM320 bilion (USD78 bilion) setahun, baru-baru ini mengumumkan untuk berhenti menjual rokok.

Memetik laporan The Drum, Philip Morris International telah berikrar untuk menghentikan pengeluaran rokok secara berperingkat pada 2018 dan mahu mengeluarkan produk bebas asap rokok.

BACA: “Larangan Merokok Di Kedai Makan Dianggap ‘Buli’ Perokok”

Dalam pada itu, syarikat tersebut begitu komited dengan membelanjakan RM18.4 bilion (USD 4.5 bilion) untuk tujuan penyelidikan dan teknologi untuk menghasilkan produk nikotin bebas asap.

Fokus utama mereka sekarang ialah untuk produk baru IQOS, iaitu peranti elektronik yang memanas, tetapi tidak membakar tembakau. Berdasarkan penyelidikan syarikat, suhu rendah membantu mengurangkan penghasilan bahan kimia berbahaya dalam asap rokok sehingga 95%.

Apa yang menarik tentang IQOS, ianya dihasilkan dengan rasa yang sama seperti rokok tetapi tanpa asap dan bau terbakar. Kajian ke atas sampel darah juga menunjukkan bahawa ia memberi kesan yang kurang membahayakan kepada tubuh badan.

Setakat ini, produk tersebut mendapat sambutan luar biasa dan sudah mula dipasarkan di Jepun, Switzerland dan Itali.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?