Sebut saja pasar terapung, pasti ramai tahu ia hanya ada di Bangkok dan Thailand sahaja. Tetapi anda sebenarnya tak perlu pergi jauh jika nak rasai sendiri pasar terapung kerana ianya ada di Kampung Pantai Suri, Kelantan.

Konsep jualannya juga sama seperti pasar terapung di Thailand. Pasar terapung ini menghimpunkan pelbagai jualan termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu,nasi berlauk, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.

BACA: Tertinggal Barang Di Pasar Punca Pasangan Bercerai

Foto: Rileklah

Ramai yang tidak tahu pasar terapung ini mula diwujudkan pada 2016. Disebut-sebut sebagai pasar terapung pertama di Malaysia, ia kini mula beroperasi setiap Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga tengah hari.

Foto: Rileklah

 

Usaha ini juga bertujuan untuk melestarikan budaya masyarakat Melayu yang terkenal sebagai kaum pedagang termasuk berniaga di atas perahu seperti yang amalkan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Selain orang ramai boleh menikmati makanan laut segar dan murah peniaga juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga kerana hasil tangkapan dijual sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱