Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial netizen berkongsikan gambar menggunakan aplikasi FaceApps. Aplikasi tersebut digunakan untuk mengubahsuai wajah sama ada mahu kelihatan muda atau tua.

Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak sedar bahaya menanti jika anda menggunakan aplikasi tersebut. Trend tular itu turut mendapat perhatian Public Health Malaysia yang mengeluarkan kenyataan mengenai aplikasi tersebut.

BACA: Doktor Kongsi Bahaya Guna Kuali Non-Stick, Risiko Kanser!

Portal berkenaan memberitahu, risiko penggunaan aplikasi berkenaan adalah semua gambar anda boleh disimpan untuk satu tempoh yang lama selain ianya boleh diguna pakai untuk apa sahaja. Malah, nama anda juga mereka boleh gunakan.

Aplikasi Viral FaceApp sekarang sudah memiliki lebih daripada 150 JUTA data muka dan nama pengguna!Newsfeed anda…

Posted by Public Health Malaysia on Rabu, 17 Julai 2019

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, bagaimanapun ada pihak mendakwa aplikasi tersebut hanya digunakan sekadar suka-suka dan tidak memberikan risiko pada kesihatan.

Namun, menerusi komen, laman itu berkata ianya mungkin akan berkaitan dengan kesihatan mental jika suatu hari nanti pengguna menjumpai wajah mereka diguna pakai sesuka hati.

Apa pun itu terpulang kepada setiap individu untuk terus menggunakan aplikasi tersebut atau tidak. Paling penting, anda perlu ambil tahu terma dan syarat- syarat yang terkandung dalam setiap aplikasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?