Umum mengetahui Indonesia meruapakan negara dengan umat Islam paling ramai dan terbesar di dunia. Namun apa yang membimbangkan adalah ada di antara umat Islam di sana mengamalkana fahaman liberalisme.

Baru-baru ini tular rakaman video oleh sebuah majalah televisyen, Coconut TV mengenai orang Islam berfahaman liberal di Jakarta yang memakan daging babi.

BACA: Guna Berus Bulu Babi Sapu Minyak Pada Ayam

Laporan bertajuk ‘Muslim Pork Eaters of Jakarta’ itu ternyata mengejutkan ramai terutama umat Islam.

Trend memakan daging babi di kalangan umat Islam di Jakarta seolah perkara biasa sehinggakan semakin banyak restoran menyediakan menu berasaskan haiwan tersebut.

Video tersebut turut memaparkan sebuah restoran Panggagin yang menghidangkan daging haiwan itu. Lebih mengejutkan, salah seorang daripada pemilik restoran itu bernama Derra, merupakan penganut Islam.

Jelas Derra, tanda haram diletakkan di Instagram restoran itu sebagai amaran kepada penganut agama Islam bahawa restoran itu menghidangkan daging babi.

“Sekiranya anda beragama Islam dan mahu memakan daging babi, saya tidak kisah. Jika anda rasa tidak selesa, jangan memakannya,” ujar Derra.

Salah seorang pelanggan beragama Islam bernama Aryo berkata, baginya memakan daging babi bukanlah satu kesalahan.

Katanya lagi, pada awalnya dia hanya ingin mencuba sahaja makan daging babi. Baginya, semakin sesuatu itu dilarang, semakin dia cuba ingin tahu.

“Dulu aku cuba-cuba sahaja. Kerana ingin tahu, makin dilarang makin aku ingin tahu. Apa lagi yang dilarang agama.

“Salah itu hanya persepsi. Aku tidak nampak ini salah kerana aku hanya melakukan apa yang aku suka. Ini hidup aku,” katanya.

Anda boleh tonton video temubual penuh di sini. Apa pun pasti ada sebab dan hikmah mengapa Babi diharamkan untuk dimakan. Jika anda ke Jakarta mungkin anda perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥