Sebelum ini Telekom Malaysia bakal mengumumkan harga terbaru untuk jalur lebar tersebut. Semalam, Telekom Malaysia mengumumkan berita gembira tentang pakej terbaru mereka buat para pelanggan.

Pakej Unifi Basic 30Mbps diperkenalkan dengan harga bulanan serendah RM79 sahaja. Ini bermakna, potongan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan harga pakej sebelum ini, namun ianya khusus untuk mereka berpendapatan isi rumah RM4,500 dan kebawah.

BACA: Unifi Turbo Janjikan Kelajuan 10 Kali Ganda, Terpantas Di Asia

Pelan terbaru itu bakal ditawarkan pada 15 Julai ini. Dalam pada itu, difahamkan plan harga rendah tersebut mungkin tidak akan disertakan bersama Unifi TV, perkhidmatan telefon dan beserta 60 GB kouta data.

Dalam pada itu, sebelum ini juga pihak TM mengumumkan pelan Unifi Turbo yang ditawarkan kepada pelanggan Unifi sedia ada bakal ditingkatkan kelajuan menjadikan antara yang terlaju di Asia Tenggara.

Jika anda tidak banyak menggunakan internet yang menelan jumlah kouta yang tinggi, pakej terbaru ini antara pakej yang sesuai dan termurah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138