Selalunya pada Hari Raya ibu bapa akan menerima sampul duit raya daripada anak-anak. Namun, berbeza pula bagi seorang ibu di Bandar Jengka ini apabila diberikan penumbuk dan pendendang dari anak sendiri pada 3 Syawal lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di tandas awam stesen Jengka Sentral ketika si ibu sedang bekerja sehingga menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan dan trauma.

BACA: Pukul, Carut Mak Sebab Tak Dapat Duit

Nazrul Azwan mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya Normah Mehhad, 56 tahun, di tempat ibunya bekerja di hadapan tandas awam stesen bas Jengka Sentral, Bandar Tun Abduk Razak Jengka, pada 17 Jun lalu.

Pada hari kejadian, semasa ibunya berada di lokasi tersebut Nazrul Azwan telah datang untuk meminta duit. Namun kehendaknya itu tidak dituruti ibunya menyebabkan dia bertindak menumbuk mata kiri dan mendendang dada ibunya.

Normah yang mengalami bengkak pada mata kiri dan sakit bahagian dada bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Si anak akhirnya terima padah apabila Majistret Nor Syafiqah Noording menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Nazrul Azwan Nazri, 19 tahun di atas kesalahan tersebut. Di mahkamah sama, Nazrul Azwan juga berdepan pertuduhan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Sepatunya di Hari Raya ini kita meraikan hari kemenangan selepas berpuasa sebulan dan bermaafan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Tergeliat Lidah Nak Sebut 😭