Sejak semalam tular gambar seorang wanita mendukung anaknya sambil memakai beg GrabFood di depan sebuah restoran makanan segera. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana gigih bekerja sambil membawa anak. Malah ada yang simpati dengan wanita itu.

Bagaimanapun, memetik laporan Free Malaysia Today, selepas gambar itu tular, suaminya, tampil mendedahkan perkara sebenar dan ia bukanlah seperti apa yang disangkakan netizen.

BACA: Suami Tunai Hasrat Isteri Mengidam Bawa GrabFood

Menurut suami kepada wanita itu, Mohamad Hafifi Mohamad Yusoff, 25, ketika itu dia ingin membuat penghantaran makanan terakhir kepada pelanggan di Kampung Kerinchi, Bangsar.

 

Namun semasa ingin mengambil makanan yang ditempah, dia membawa anak dan isterinya memandangkan mereka mahu makan di restoran tersebut.

“Kebetulan anak saya nak aiskrim, isteri saya pun nak beli makanan di McDonalds, jadi saya membawa mereka sekali untuk mengambil tempahan yang dibuat.

“Kemudian saya menghantar mereka di rumah terlebih dulu kerana rumah saya dekat dengan rumah pelanggan yang membuat tempahan,” katanya.

Hafifi berkata, dia mengakui terkejut dengan penularan foto tersebut apabila ada pihak mendakwa isterinya terpaksa menyara keluarga sambil membawa anak kecil keluar pada waktu malam.

“Saya pun risau kalau gambar ini terus tersebar ia akan menjejaskan keadaan saya yang mungkin tidak lagi boleh membuat perkhidmatan Grabfood ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hafifi yang bekerja sendiri berkata dia sudah membuat perkhidmatan GrabFood sejak enam bulan lalu bagi mencari pendapatan sampingan untuk menyara keluarganya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?