Sebut saja bubble tea minuman tersebut sememangnya sangat popular sehingga mencetuskan fenomena dikalangan anak muda.

Malah ada yang ketagih dengan minuman tersebut meskipun mereka tahu bahaya pengambilan minuman tersebut secara berlebihan.

BACA: FamilyMart Perkenal Sup Oden Terbaru ‘Spicy Korean Soup’

Dalam pada itu, syarikat pengusaha makanan tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan menu berasaskan boba. Terbaru, kedai serbaneka popular FamilyMart memperkenalkan menu terbaru sempena ulang tahun ketiga mereka iaitu Bubble Earl Grey Cake.

Menariknya, anda boleh DIY sendiri kek sponge tersebut dengan Brown Sugar Boba. Macam korang selalu tengok dekat Instagram tu, siram boba dan brown sugar atas kek lepas tu angkat plastik disekeliling kek.

Harga ditawarkan untuk satu kek RM5.90 dan anda perlu membayar tambahan RM2 untuk boba. Jadi harga untuk DIY Bubble Earl Grey Cake adalah RM7.90.

Namun harga berbeza di cawangan FamilyMart KLIA2 dan Resort World Genting, dimana harga untuk kek adalah RM7.10 dan RM2.40 untuk boba.

Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan FamilyMart berhampiran anda!

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?