Sebut saja kedai serbaneka FamilyMart dari Jepun ini, pasti ramai tahu bahawa kedai ini sangat popular dengan makanannnya yang pelbagai. Paling menjadi kegemaran ramai ialah Oden mereka yang sangat sedap.

Buat peminat oden, FamilyMart memperkenalkan sup oden perisa terbaru iaitu ‘Spicy Korean Soup’. Tak perlu lagi terbang jauh sampai ke Korea!

BACA: FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM

Menariknya, anda boleh tambah keju pada oden anda. Kalau anda dah bosan makan oden dengan sup Tom Yam boleh la cuba sup terbaru mereka ini. Tapi jangan risau, sup Tom Yam kegemaran ramai masih ada lagi

 

Perlu diingatkan, ‘Spicy Korean Soup’ ini hanya boleh didapati sehingga 24 September depan sahaja.

Anda boleh dapatkan di semua cawangan FamilyMart di seluruh Malaysia kecuali FamilyMart Gateway@KLIA2, FamilyMart IOI City Mall, FamilyMart Mid Valley L3 dan Resorts World Genting.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?