Kalau dah musim durian, rata-rata syarikat makanan dan minuman tidak mahu melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu terbaru berasaskan durian.

Jika sebelum ini Tealive memperkenalkan minuman bubble tea durian, nampaknya jenama coklat terkemuka iaitu Cadbury pula mengeluarkan menu terbaru mereka khas untuk Malaysia iaitu coklat dengan perisa durian.

BACA: Peniaga Kelantan Lelong Durian Penuh Plastik Hanya RM10

Peminat durian boleh dapatkan Cadbury Durian ini di Shopee dengan harga RM17 untuk dua keping coklat. Cadbury Durian ini juga boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka.

Untuk pengetahuan anda Cadbury Durian ini adalah edisi terhad dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk dapatkannya.

Cadbury Durian merupakan rasa tempatan kedua dikeluarkan di Malaysia selepas Cadbury Kopi-C sebagai memberi penghormatan rakyat Malaysia untuk kedai kopi tradisional, yang dikenali sebagai kopitiam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥