Waktu kecil dulu kita pasti teruja bila ikut ibu bapa balik kampung kerana mahu berjumpa nenek. Malah, tak semua orang diberi kesempatan berjumpa dengan insan bergelar nenek.

Namun, seorang lelaki ini dikatakan nekad untuk membunuh neneknya kerana kesian melihat neneknya yang terlalu tua untuk hidup.

BACA: Bos Tak Lulus Cuti Mati Ditikam Pekerja

Kevin Gonyea, dengan bangga mengaku di depan mahkamah bahawa dia mencekik neneknya yang berusia 95 tahun kerana dia sudah terlalu tua dan nyanyuk, menghidap dementia serta selalu jatuh sakit.

Dia didakwa membunuh Leona Twiss dengan mencekik mangsa dengan tuala pada Julai tahun lalu di Fort Ann.

“Ini pembunuhan bersebab (mercy killing). Dia cuma tidak mahu neneknya terseksa,” jelas peguam Kevin, Greg Teresi.

Menurut Greg, defendan melakukan perbuatan itu kerana belas ehsan dan berasa amat sedih dengan apa yang telah terjadi.

Isteri Kevin, Melissa, turut mengaku bersalah akibat menghalang penghukuman, memalsukan bukti serta membuat pengakuan palsu untuk melindungi suaminya.

Semasa kejadian, pemeriksaan mendapati bahawa Kevin mengalami sakit mental dan sedang dalam pelan perubatan.

Semoga kita terhindar daripada perbuatan seperti ini dan sentiasa berpegang teguh dengan agama dan sentiasa mendapatkan rawatan jika mengalami masalah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masuk Pertandingan Makan, Mati Tercekik
Kerusi Pejabat Melayang Punca Pelajar Ini Terbunuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Bukan Biskut Rokok!