Berita baik buat rakyat Malaysia, kadar cukai terhadap kamera dan telefon telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pengurangan kadar cukai itu dilaksanakan berikutan permintaan dari pihak industri untuk mengurang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap dua barangan tersebut.

BACA: Kena SST Jika Bil Elektrik Lebih RM231.80 Sebulan

“Kadar cukai terhadap kamera kita telah kurangkan kepada lima peratus, telefon pun kita telah kurangkan kepada lima peratus.

“Pengurangan kadar cukai ini menjadikan cukai yang dikenakan terhadap dua barangan ini lebih rendah satu peratus berbanding kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini,” katanya kepada Astro Awani. 

Ujarnya lagi, setakat ini entiti perniagaan yang telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah sistem SST telah mencecah 100,000 dan dijangka jumlah ini akan terus meningkat.

Guan Eng berkata lagi, kerajaan juga berhasrat untuk mengecualikan lebih 5,000 barang dan perkhidmatan dari SST berbanding 545 barangan yang dikecualikan cukai di bawah GST sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Harga Rumah Lebih Murah Selepas Perlaksanaan SST
Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥