Dengan lambakan graduan di Malaysia, bukan mudah untuk mencari pekerjaan, apatah lagi untuk mendapat gaji permulaan yang tinggi. Baru-baru ini Laporan Bank Negara Malaysia 2018 membuat pendedahan mengejutkan dimana gaji permulaan bagi siswazah semakin mengecil sejak tahun 2010.

Selepas mengambil kira faktor inflasi, gaji siswazah baru yang berkelulusan diploma mendapat gaji sebanyak RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 dimana kurang RM82.

BACA: Kaum India, Wanita Bertudung Ditindas, Susah Dapat Kerja

Sementara itu, gaji pemegang ijazah sarjana muda adalah RM1,983 pada 2018 berbanding RM1,993 pada 2010, kurang RM10.

Bagi pemegang ijazah sarjana memperoleh gaji RM2,707 pada 2018 daripada gaji sebanyak RM2,923 pada 2010, penurunan sebanyak RM216.

Gaji permulaan siswazah 2010 vs 2018:

Diploma: 2010 (RM1,458) VS 2018 (RM1,376)

Ijazah Sarjana Muda: 2010 (RM1,993) VS 2018 (RM1,983)

Ijazah Sarjana: 2010 (RM2,923) VS 2018 (RM2,707)

Dalam pada itu, Bank Negara berkata bukti itu menunjukkan kemungkinan faktor kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan. Bank pusat itu juga menyebut guna tenaga kerja bagi siswazah diploma dan ijazah meningkat sebanyak 173,457 orang setahun, antara tahun 2010 dan 2017.

“Jumlah itu, jauh lebih tinggi daripada pertambahan guna tenaga bersih dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi, iaitu 98,514 orang setahun,” kata bank dalam laporan.

“Keadaan itu menunjukkan ekonomi negara tidak mewujudkan jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang mencukupi untuk menyerap bilangan siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan.”

Laporan turut memetik kajian Institut Penyelidikan Khazanah bahawa 95 peratus pekerja muda berada dalam kategori pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran.

Manakala 50 peratus pekerja yang membuat pekerjaan berkemahiran rendah secara manual mempunyai kelayakan yang lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh jenis pekerjaan sedemikian.

Oleh sebab demikian, walaupun berpendidikan tinggi, pekerja terpaksa menerima atau membuat pekerjaan yang lazimnya tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi sedemikian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥