Sejak kebelakangan ini cuaca di negara ini tidak menentu terutama di beberapa tempat. Dikatakan fasa peralihan monsun sedang melanda Malaysia di pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan tengah Sarawak menerima hujan serta ribut petir

BACA: Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut

Pihak Meteorologi Malaysia berkata kebanyakan tempat yang mengalami peralihan monsun ini mengalami hujan pada waktu petang dan senja hingga menyebabkan cuaca lembap serta dapat mengurangkan suhu panas secara perlahan-lahan.

“Sehingga lewat petang ini (semalam), ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berterusan berlaku di Sabah membabitkan bahagian pedalaman iaitu daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan,” kata pihak Meteorologi Malaysia.

“Selain itu, turut mengalami cuaca berkenaan termasuk pantai barat Sabah, selain di Kudat dan Sandakan membabitkan Beluran dan Tongod serta Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak di bahagian Limbang dan Miri,” sambungnya.

Menurut laman web rasmi jabatan tersebut, ribut petir berkemungkinan berlaku pada sepanjang tahun namun biasanya ia berlaku dalam tempoh monsun dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.

ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor
Amaran Cuaca Buruk Hingga Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138