Kanada tidak mempunyai perancangan untuk mengambil semula sisa buangan plastiknya yang kini ditinggalkan di Malaysia

Lewat Mei lalu, kerajaan Malaysia menegaskan akan menghantar semula 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asal, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

BACA: 5 Negara Paling Banyak Sampah Di Dunia

Dalam kenyataan yang diemelkan kepada Reuters, jurucakap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontagne, berkata kerajaan di Ottawa tidak bercadang mengutip balik sisa buangan di Malaysia.

Jelasnya, Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa buangan dari negara itu ke Malaysia dan kementerian sudah menghubungi Malaysia untuk mendapatkan butiran lanjut.

Isu negara maju menggunakan Asia Tenggara untuk pembuangan sisa sampah, khususnya bahan plastik, kini menimbulkan ketegangan diplomatik antara pihak berkenaan.

Baru-baru ini Filipina memanggil balik pegawai kedutaannya di Kanada berikutan negara itu enggan mengambil balik sisa sampahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN
Kerajaan Tolak Cadangan Ruang Khas Merokok Di Restoran
Setahun Berhenti Merokok, Lelaki Ini Berjaya Jimat RM6,120

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi