Selepas kemangkatan Sultan Kedah yang dikenali sebagai berjiwa rakyat iaitu almarhum Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah, banyak cerita yang baik-baik mengenai almarhum daripada beberapa pihak termasuklah rakyat jelata.

Seorang bekas tukang masak berkongsi cerita mengenai almarhum Tuanku Abdul Halim yang sering memuji teh tarik dibuat olehnya pada tahun 60-an.

BACA: Luahan Hati Cucu Sultan Kedah Buat Orang Ramai Sebak

Bekas tukang masak, P. Sivagnanam, 78 tahun itu berkata, dia bertemu dengan almarhum baginda semasa dia masih menjadi tukang masak di Harvard Golf and Country Club dulu.

“Almarhum baginda boleh minum kopi-o di tempat-tempat lain, tetapi setiap kali baginda bermain golf di Harvard Golf and Country Club, baginda pasti akan meminta saya buat teh tarik,” ujarnya.

“Selepas itu, almarhum akan meminta pengawal peribadinya untuk menyampaikan pesanan bahawa baginda menyukai teh itu,” katanya sambil menceritakan almarhum sendiri yang memesan teh tarik kepadanya sebelum itu.

Menurutnya, almarhum baginda turut meminati makanan India seperti daging kambing masak kurma, nasi beriani dan tosai selain meminati teh tarik dibuat olehnya itu.

“Kami amat merindui almarhum baginda. Kami hanya melihat baginda di kaca televisyen selepas baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970-an,” tambahnya sambil memuji almarhum sebagai seorang sultan yang baik hati.

“Saya amat berduka di atas kemangkatan almarhum baginda kerana tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan baginda selepas ini,” sambungnya sebelum mengakhiri perbualan.

Benar kata orang, jika kita sentiasa membuat kebaikan di dunia ini, pasti akan dipuji walaupun kita sudah pergi menyahut seruan Ilahi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!