Tinggal seminggu saja  lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri . Ramai yang sedang sibuk dengan persiapan Aidilfitri. Masa ni mak-mak sedang sibuk di dapur untuk membuat kuih raya.

Jika anda pernah buat kuih siput, pasti anda tahu benda paling susah nak buat bila nak menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.

BACA: Resepi Mudah Untuk Peminat Almond London

Menerusi perkongsian Nana Ereena, rupanya ada cara mudah nak buat ‘kuih siput’ dengan hanya menggunakan pasta sahaja. Tak perlu susah-susah nak gentel dan pasta pula tak perlu digoreng.

Pasta Crispy Black Pepper/ ‘Kuih Siput’ Ekspress

Bahan-bahan:

  • Makaroni/spiral/small shell
  • Tepung bestari @ pilihan anda
  • Daun kari
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air. Cuci bersih


2. Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak, asalkan melekat pada makaroni/spiral/small shell tu. Kalau tak lekat tambah sedikit air.


3. Gaul sebati


4. Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan bersama daun kari


5. Angkat dan toskan. Gaul dengan black pepper. Dah siap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Senangnya Buat Biskut Horlicks Padu Beb!