Beliau yang suka berkongsi resepi masakan seringkali dikecam warga laman sosial menyepikan diri seketika, namun baru-baru ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Ahmad Maslan berkongsi satu resepi unik yang dikatakan sesuai dimakan bersama roti. Ada yang berani mahu mencuba?

BACA: Ahmad Maslan Ditegur Lagi Masak Berhampiran Penyembur Serangga

Ahmad Maslan yang aktif di laman sosial Twitter berkongsi satu resepi ringkas yang mengandungi bahan-bahan seperti seulas durian, sebiji telur, bawang besar, bawang putih, sos cili serta garam.

Menurutnya, resepi itu memang ringkas dan berbeza dengan resepi lain kerana ada seulas durian. Dia mengesyorkan resepi ciptaannya kepada semua orang dan mendakwa ia sedap dimakan.

Masakan tersebut kelihatan seperti telur hancur biasa tetapi dari segi rasa mungkin agak pelik kerana dicampur durian.

Malah, Ahmad Maslan juga memuatnaik gambar yang menunjukkan dia sedang makan masakannya sendiri bersama roti kosong.

Selain itu, ramai yang beranggapan resepi berkenaan agak pelik dan curiga mengenai rasa hidangan itu.

Malah, ada yang mencadangkan supaya Ahmad Maslan mencampurkan hidangan itu dengan kismis minda. Amboi bukan main ayat masing-masing dilemparkan kepada Ahmad Maslan.

Sesiapa yang sudah mencuba resepi terbaru ini jangan lupa kongsi dengan kami apakah rasanya telur hancur dicampur dengan durian.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free
Beratur Dalam Hujan Beli Ikan Murah Jamal

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni?