Ini mungkin pendedahan mengejutkan tetapi ini realiti sebenar jumlah pendapatan separuh rakyat Malaysia. Sebelum ini keadaan lebih teruk iaitu pada tahun 2010 separuh daripada Rakyat Malaysia hanya meraih pendapatan bawah RM1,500 setiap bulan.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh The Edge Market, berdasarkan infografik yang dikongsikan pendapatan bulanan rakyat Malaysia juga berbeza mengikut setiap negeri dimana penduduk di Putrajaya menikmati gaji bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM3,250 dan penduduk di Sabah meraih pendapatan paling rendah iaitu hanya RM1,240 sebulan.

BACA: “Harga Kambing Golek Pun Naik, Gaji Fresh Grad Tetap Sama”

Penduduk negeri maju, Selangor dan penduduk di bandar Kuala Lumpur boleh dikatakan menikmati pendapatan agak baik dengan meraih gaji lebih RM2,000 iaitu sebanyak RM2,362 sehingga RM2,500 sebulan.

Tiga buah negeri di Pantai Timur mencatatkan pendapatan dibawah RM 2,000 iaitu Kelantan (RM 1,200), Terengganu (RM 1,500) dan Pahang (RM 1,600).

Serta tiga buah negeri di selatan tanah air iaitu Johor memperoleh pendapatan bulanan RM 1,950 diikuti Negeri Sembilan (RM 1,870) dan Melaka (RM 1,680).

Bagi ‘Negeri Dibawah Bayu’ Sarawak pula, pendapatan bulan yang dinikmati penduduknya hanya sekitar RM 1,350.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?