Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini isteri ketiganya yang baru saja berusia 11 tahun. Lelaki itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, statistik yang didedahkan oleh Pengajian Politik Institut Pulau Pinang ternyata mengejutkan apabila ramai lelaki di negara ini menyimpan keinginan untuk berkahwin dengan perempuan muda.

BACA: Lelaki Kahwin Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM1,800

Menurut Penganalisis Pengajian Politik Institut Pulau Pinang, Ooi Kok Hin, kajian itu merangkumi lelaki daripada pelbagai latar belakang agama.

Menurut statistik tersebut, dari tahun 2005 hingga 2015, 10,240 lelaki Islam telah membuat permohonan untuk menikahi gadis muda.

Manakala, dalam kalangan bukan Islam, sebanyak 7,719 permohonan dibuat untuk berkahwin gadis lingkungan usia 16 hingga 18 tahun bermula 2000 hingga 2014.

Sementara itu, dari 2005 hingga 2015, Sarawak mencatatkan rekod tertinggi dengan 2,064 permohonan diikuti Kelantan (1,929) dan Terengganu (924).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱