Susulan kes tikam yang berlaku di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini, dua orang suspek direman seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Video mengenai pembunuhan kejam itu tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipukul sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenama BMW berwarna putih dan ditikam serta ditinggalkan di stesen minyak tersebut.

BACA: 19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad turut dikenakan kepada empat suspek terbaru yang ditahan awal pagi tadi hingga 27 Disember ini.

Kami difahamkan kesemua suspek yang baru ditahan berusia dalam lingkungan 20-an di sekitar Johor Bahru juga bagi membantu siasatan kes terbabit.

Selain itu, mendiang mangsa pembunuhan dibawa ke Taman Peringatan Jelutong, Melaka untuk disemadikan selepas ahli keluarga selesai memberi penghormatan terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gagal Ujian Memandu, Remaja Berusia 21 Tahun Bunuh Diri
Gagal Matematik, Budak 12 Tahun Bunuh Diri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka