Pasti ramai di antara anda mahu membuat ayam panggang sendiri dirumah tapi tidak mempunyai ketuhar. Tetapi sebenarnya tanpa ketuhar pun anda boleh buat ayam ala panggan dengan hanya menggunakan periuk nasi sahaja.

Menggunakan periuk nasi sahaja, apa yang menarik tentang resepi ini ialah ianya ayam tersebut dibalut menggunakan garam. Resepi yang dipetik daripada portal EraBaru ini pada asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna YouTube. Cara untuk membuatnya sangat mudah.

BACA: Jom Beli Pulut Panggang RM1 Adik Ini Jual

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (bergantung saiz periuk nasi)
2 paket garam kasar
3 batang daun bawang yang dipotong dua
5 ulas bawang putih
1 tangkai bunga lawang
1 potong halia
Sedikit pati anggur
3 tankai bunga lawang yang ditumbuk kasar
1 sudu lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Minyak masak

Cara membuatnya:

1. Bersihkan ayam terlebih dahulu dan lumurkan dengan sedikit garam.

2. Tuang sedikit pati anggur dan lumur pada ayam sehingga rata. Kemudian lumurkan sedikit minyak masak pada ayam. Toskan ayam untuk asingkan lebihan minyak masakan, pati anggur dan garam.

3. Masukkan bawang putih, daun bawang, halia dan setangkai bunga lawang ke dalam perut ayam. Ikat kedua-dua kaki ayam untuk menutup ruang terbuka.

4. Sediakan sekeping pembalut aluminium mengikut saiz ayam. Sapu sedikit minyak pada pembalut tersebut.

5. Bungkuskan ayam dengan pembalut aluminium tadi dengan kemas.

6. Tuangkan dua paket beras kasar ke dalam kuali panas dan goreng sebentar tanpa minyak dengan api kecil. Kemudian, masukkan tiga tangkai bunga lawang yang telah dihancurkan dan lada hitam. Goreng campuran garam tersebut sehingga kering.

7. Sapukan permukaan dalam periuk nasi dengan sedikit minyak masak.

8. Tuang sebahagian campuran garam yang telah digoreng ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan ayam yang telah dibalut tadi dan timbuskan dengan lebihan garam sehingga ayam tertutup sepenuhnya.

9. Tekan butang memasak periuk nasi seperti proses memasak nasi. Biarkan selama kira-kira 35 minit. Setelah masak, ayam boleh dipotong kepada bahagian lebih kecil dan siap dimakan!

Paling penting, pastikan ayam dibalut dengan kemas dan balutan tersebut tidak terkoyak atau pun berlubang. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi