Dengan zaman ekonomi tidak menentu, ramai mereka diluar sana sukar untuk mencari pekerjaan walaupun bergelar graduan universiti. Malah, kini boleh dikatakan taraf pendidikan atau usia tidak lagi menentukan tahap pendapatan seseorang.

Seperti Instafamous Aliya Maisarah yang kini berusia 15 ini menjadi popular sejak berusia 12 tahun dengan hanya bersolek seperti wanita dewasa. Bakatnya yang pandai bersolek sekaligus membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai.

BACA: Dulu Gagal SPM, Kini Gaji Hampir RM20,000 Sebulan

Lebih mengejutkan, di usia 12 tahun Aliya berjaya menjana pendapatan mencecah RM10,000 dengan membuat perkhidmatan ulasan berbayar atau paid review.

Menurut Aliya, pengikutnya di Instagram semakin bertambah dan dia terfikir untuk mencari duit poket sendiri tanpa perlu menyusahkan ibu bapanya.

Bermula dengan caj berbayar RM30, kini caj yang dikenakan mencecah ratusan ringgit mengikut jumlah pengikut. Kini, Aliya mempunyai pengikut sebanyak 1.2 juta di Instagram.

Dalam pada itu, ada netizen yang kurang senang dengan pencapaian gadis tersebut. Malah ada yang mendakwa gadis tersebut berasal dari keluarga berada.

Bagaimanapun ada yang berpendapat netizen yang berkata sedemikian sebenarnya cemburu dengan gadis tersebut dan bukannya kerana dia anak orang kaya.

Namun, ada yang memandang positif dengan perkongsian tersebut dengan mengatakan baru saja berusia 12 tahun sudah pandai pendapatan sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini