Zaman kecil-kecil dulu memang teruja setiap kali sekolah adakan lawatan ke Zoo Negara. Tapi paling best kalau dapat pergi bersama keluarga. Siapa yang sukakan haiwan, pasti tidak akan melepaskan peluang ke Zoo Negara.

Bagaimanapun, Zoo Negara kini dilaporkaan dalam keadaan terdesak dan memerlukan lebih ramau pengunjung serta penaja untuk menampung kos operasinya.

BACA: Ada Ke Patut Bagi Rusa Minum Arak

Difahamkan, kos penjagaan harimau Malaya menelan belanja sehingga RM500,000 setahun.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, RM100 sehari diperlukan untuk memberi makan harimau Malaya manakala harimau Bengal makan 10kg daging, bernilai RM200 sehari. Ini memakan belanja RM40,000 setiap harimau setahun, termasuk ubat mereka.

“Mengambil faktor perbelanjaan pekerja, kita memerlukan kira-kira RM500,000 setahun. Secara idealnya, untuk memperluaskan dan menjadikan zoo menjadi tumpuan pemerhatian harimau Asia, kita memerlukan kira-kira RM1 juta setiap tahun.”

Beliau berkata lagi Geran Persekutuan 5 tahun  berjumlah RM5 juta telah diterima oleh zoo itu telah tamat pada tahun 2004, dan kini hanya bertahan dengan menerima bantuan kerajaan yang berbentuk one-off untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan.

“Kami telah membelanjakan RM1 juta hingga RM1.2 juta sebulan untuk tiga tahun yang lalu dan kami perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pelawat untuk menampung kos tersebut.”

Katanya lagi, penurunan pelawat semakin menurun sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini.

Pada 2014, Zoo Negara mencatatkan rekod sebanyak 708,000 pelawat ketika China menghadiahkan Malaysia dua ekor panda raksasa, Xing Xing dan Liang Liang.

“Pada 2016, kami mempunyai 435,000 pelawat sahaja dan ia jatuh ke 345,000. Tetapi angka pulih sedikit dengan 368,000 orang yang datang pada tahun lepas. Tetapi ia masih merosot secara keseluruhan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?