Sekarang ni orang dah tak minat burger biasa-biasa, kalau boleh semua orang mahukan kelainan. Bukan je pembeli nak sesuatu yang berbeza, peniaga pun perlu keluarkan jenis burger lain dari yang lain untuk menambat hati orang ramai.

Terbaru, sebuah gerai di Petaling Jaya iaitu Mike’s Burger Grill Celup, menjual burger yang memang luar biasa. Apa yang luar biasanya? Gerai ini memperkenalkan menu burger kangsung sambal belacan.

BACA: Burger Sotong Bakar Pula Jadi Perhatian, Laku Habis!

Walaupun ramai yang menganggap kombinasi burger dengan kangkung bersama sambal belacan agak pelik, namun gabungan daging dengan masakan tradisional itu sememangnya menjadi.

Lebih menarik, gerai ini juga turut memberi rating tahap kepedasan burger unik tersebut sebanyak 6.5 daripada 10. Kalau anda ‘hantu pedas’ memang kena cuba burger ini.

Selain burger unik tersebut, ada banyak lagi pilihan lain yang anda boleh cuba seperti Burger Cream Cheese Gourmet dan Burger Smoked Apple Butter BBQ Gourmet Burger. Unik betul burger mereka.

Kalau nak cuba, boleh la serbu gerai mereka di Seksyen 14, Petaling Jaya. Korang boleh tengok gambar dan menu yang terdapat di gerai tersebut menerusi Facebook Mike’s Burger Grill Celup.

ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Keluarkan Juga Burger Nasi Lemak?
McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!
‘Hamburger Straw” Popular Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rahang Sangkut Makan Burger?