Baru-baru ini tular di media sosial video seekor tikus dirakam berlari di celah rak roti di pasaraya Tesco Setia Alam. Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Alia Ismail itu jelas menunjukkan tikus berkenaan berlari di celah-celah bungkusan roti.

Menurut pengguna Facebook itu lagi, dia melaporkan perkara tersebut kepada petugas Tesco namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Petugas itu memberitahu, memang satu Tesco ada tikus.

BACA: Nak Makan Ais Krim Tapi Tergigit Ekor Tikus

Nak beli roti kat Tesco ? Think again.. Well ni kat Tesco Setia Alam. Bila jumpa and report dengan orang Tesco, jawapan…

Posted by Alia Ismail on Isnin, 16 Julai 2018

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang berang dengan sikap sambil lewa petugas pasaraya yang dilihat mengabaikan aspek kebersihan lebih-lebih lagi yang melibatkan makanan.

Ada netizen memberitahu, hampir setiap pasaraya mempunyai masalah tikus, namun apa yang membezakan bagaimana syarikat tersebut mangawal masalah tersebut.

“Tolonglah jaga kebersihan. Satu Tesco buat hal, semua Tesco kena jadi bualan. Hello warga tukang masak, fikirkan lah, apa akan jadi pada orang yang makan makanan korang ni. Kena pula kalau family atau saudara mara korang yang makan,” kata netizen.

Sementara itu, ada netizen yang pernah bekerja di kedai roti di Tesco mendakwa kaedah pembuatan roti di premis berkenaan juga kotor.

“Kadang doh yang jatuh ke lantai pun dorang ambil (kutip) balik. Tak sanggup kerja situ jadi berhenti terus.”

Bagaimanapun, pengguna Facebook tersebut sudahpun membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan turut memuatnaik gambar terbaharu kedai roti tersebut kini dalam proses pembersihan.

Diharap pihak pengurusan pasaraya berkenaan mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara ini. Takut juga kalau tikus kencing pada bungkusan roti , tak pasal-pasal dijangkiti kencing tikus.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terpaksa Makan Makanan Tikus Untuk Hidup
Kematian Adik Thaqif Berpunca Dari Kencing Tikus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!